Koleksi Perangai Buruk Artis Malaysia Sepanjang tahun 2009




Kali ini Taufik mahu kongsikan kepada korang sekalian mengenai senarai perangai buruk artis Malaysia sepanjang tahun 2009. Pendek kata artis ini pun manusia juga dan tidak terlepas dari membuat kesilapan. Tetapi yg sedihnya, kebanyakan kesilapan tersebut adalah kesilapan BODOH artis. Pendek kata segelintir artis Malaysia ini BODOH juga kekadang. Akal letak ke mana tidak tahulah.

Tidak seperti artis zaman P.Ramlee dulu yg lebih profesional dan berkualiti. Kebanyakan artis sekarang ini lebih kepada popularity daripada bakat. APECER!.

Berikut adalah senarai Koleksi Perangai Buruk Artis Malaysia Sepanjang tahun 2009 . Enjoy it!

Paling hangat dan mendahului carta imbasan kontroversi dunia hiburan 2009, tentu saja kisah ‘perang cinta’ bintang drama bersiri Nur Kasih, Mohammad Zalimie atau Remy Ishak, 27, dengan teman wanitanya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 19.

Pada 5 Disember lalu, Remy, yang juga teraju utama teater Natrah memegang watak Mansor Adabi, diserang tujuh lelaki di Istana Budaya, Kuala Lumpur, sebaik selesai pementasan malam keenam teater arahan pengarah, Erma Fatima yang turut diterajui Maya Karin.

Ekoran kejadian itu, Remy membuat laporan polis. Serangan ke atas Remy dipercayai ada kaitan dengan teman wanitanya kerana sehari sebelum kejadian pada 4 Disember berlaku pertengkaran antara mereka.

Berdasarkan pengakuan Ummi, dia mendakwa Remy menumbuknya di muka sebelah kiri sehingga menyebabkan dia terjatuh ke lantai.

Kenyataannya turut dibuktikan dengan lampiran foto yang menunjukkan mata lebam dan luka dilibas Remy sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor.

Ummi membuat laporan polis pada 5 Disember lalu, tetapi Ummi menafikan keluarganya terbabit dengan kejadian berkenaan.

Kes itu sehingga kini masih dalam siasatan polis.

Situasi sama pernah menghambat kehidupan pelakon remaja jelita, Diana Danielle yang mendakwa dirinya dipukul anak bujang pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof pada penghujung tahun lalu.

Bagaimanapun, tahun ini Diana sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menarik diri dari pementasan teater Natrah yang berlangsung 31 November hingga 9 Disember lalu kerana tidak bersetuju dengan bayaran ditawarkan. Sebagai kemunculan pertama di pentas teater, Istana Budaya mempunyai harga setaraf pengalaman, tetapi Diana mendakwa pada awalnya ditawarkan RM10,000, tetapi akhirnya dimaklumkan bayarannya cuma RM7,000.

Tanpa Diana, pementasan teater itu tidak terjejas kerana pelakon jauh lebih berpengalaman, Maya Karin dengan besar hati bersetuju, sekali gus mengambil alih watak Natrah yang sepatutnya dibawakan Diana.

Lagi kontroversi membabitkan kisah cinta artis apabila Farawahida Razali, 24, membuat tiga laporan polis terhadap kekasih merangkap pengurusnya yang juga komposer Julfekar Ahmad, 45, selepas mendakwa menerima ugutan gambar dan video lucahnya akan disebarkan kepada umum.

Pertelingkahan antara mereka berlaku apabila Farawahida enggan menyambung kontrak di bawah Millenium Art yang tamat pada 9 Februari lalu.

Tindakan berkenaan menyebabkan Farawahida menerima beberapa SMS berbaur ugutan dan tersebar gosip kononnya dia membuat cubaan membunuh diri berikutan tekanan perasaan.

Bagaimanapun, Fara menafikan hal itu apabila tampil membuat kenyataan di media dan jelas sekali gosip yang tersebar hanyalah satu spekulasi.

Rentetan kisah mereka sehingga kini masih belum selesai walaupun kedua-dua pihak sudah menyerahkan hal ini kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut.

Kisah memualkan dalam senarai paling kontroversi tahun ini tentunya ‘drama cinta’ Akhil Abdul Hai atau Akhil Hayy, 40, dengan penyanyi Norwahida Abdul Wahab atau Waheeda, 31.

Gosip mengenai hubungan mereka tersebar sejak tahun lalu namun kedua-duanya menafikan dengan menyatakan mereka hanya rakan seperjuangan.

Namun, kebenaran terbukti apabila pasangan ini mengambil keputusan berkahwin pada 16 Ogos lalu hanya selepas sebulan Akhil Hayy, 40, dan bekas isterinya, Maizawati Zainal, 33, bercerai.

Kisah Akhil terbongkar apabila isterinya tampil membuat pengakuan terbuka dalam program bual bicara mengatakan suaminya tidak pulang sejak tiga bulan lalu selepas meminta izin untuk berkahwin dengan Waheeda.

Kisah ini mendapat liputan meluas apabila Maizawati membuat tuntutan cerai sebelum pasangan ini disahkan bercerai talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak.

Mahkamah turut memutuskan hak penjagaan empat empat anak iaitu Siti Nur Maisarah, 12, Mohd Syarif Idayatullah, 11, Mohd Syakir Idayatullah, 8, dan Mohd Syatiri Idayatullah, 2, diserahkan di bawah jagaan Maziawati.

Kontroversi terus melanda Akhil apabila kenyataannya segelintir artis yang berpengaruh terbabit dengan sebaran ajaran sesat sehingga menghalalkan perkara yang haram mengundang sensitiviti di kalangan artis hingga mendesak rocker juga vokalis kumpulan Wings, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 42, bersuara.

Awie meminta penceramah itu tutup mulut dan menilai diri sendiri sebelum ‘mentarbiah’ golongan artis.

Bukan saja kisah cinta dan kecurangan, tahun ini juga sekali lagi menyaksikan sebilangan kecil golongan artis menjadi mangsa teknologi tanpa batasan.

Aliff Aziz, penyanyi remaja yang popular dengan lagu Sayang Sayang serta dikenali imej budak baik, bagaikan tercalar reputasinya itu apabila tiga gambar aksi panasnya di sebuah kelab malam tersebar di Internet.

Susulan pendedahan gambar itu, Aliff membuat pengakuan di Harian Metro pada 11 September lalu menerusi artikel bertajuk Memang Gambar Saya, sekali gus mengesahkan foto lelaki bercumbuan dengan wanita itu adalah dirinya.

Seorang lagi artis yang mengalami situasi hampir sama adalah aktres jelita, Siti Zaqyah Abdul Razak atau lebih dikenali dengan nama Tiz Zaqyah yang cukup popular melalui watak Nur Amina dalam drama Nur Kasih arahan Kabir Bhatia.

Bagaimanapun, foto Tiz tidak membabitkan mana-mana lelaki sebaliknya dia dikritik kerana berpakaian menjolok mata, jauh tersasar dari penampilannya bertudung dalam Nur Kasih.

Sama seperti Aliff, Tiz juga membuat permohonan maaf dan kontroversi itu nyata tidak menjejaskan kerjaya seni Tiz begitu juga Nur Kasih yang ditonton lima juta penonton.

Nasib sama dialami peserta Gadis Melayu musim kedua, Sharifah Jasmine Soraya Syed A Jalil Jamalullail, 21, hingga ada yang mendesak Jasmine disingkirkan dari program itu. Bagaimanapun, Jasmine terus bertahan hingga minggu kelima.

Dalam pada itu, Fasha Sandha terus dikaitkan sebagai orang ketiga hingga menyebabkan perceraian Nora Danish dengan Rizal Ashram apabila tersiar foto mesra Fasha bersama Rizal di Internet.

Kontroversi terus membayangi Fasha apabila dia digandingkan dengan Nora untuk drama bersiri Spa Qistina terbitan Global Station Sdn Bhd, Oktober lalu.

Nora dikatakan meletak syarat supaya tidak dipertemukan dengan Fasha di lokasi sama, tetapi kecewa apabila syarat itu tidak dipenuhi penerbit hingga Nora mengambil keputusan meninggalkan lokasi seterusnya tarik dari daripada membintangi drama untuk Astro itu.

Seterusnya, masihkah anda ingat pada aktres jelita Winona Ryder yang pernah diheret ke mahkamah kerana mencuri pakaian di sebuah butik jenama terkenal tidak lama dulu?

Tindakan yang cukup memalukan namun kini dua artis Malaysia turut terbabit dalam permasalahan sama dan mereka adalah Mohd Farid Amirul Wu Abdullah yang popular dengan watak Detektif Lim menerusi drama bersiri, Gerak Khas.

Manakala seorang lagi bekas vokalis kumpulan Exists, Mohd Ali Kamarudin, 31 atau Mamat.

Mohd Farid dituduh mencuri buku Decoding The Heaven dan The Sistine Secrets berharga RM194.90 di kedai MPH Bookstore, Mid Valley, pada jam 7.15 malam, 27 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Farid pada mulanya mengaku bersalah ketika tuduhan dibacakan kali pertama oleh jurubahasa mahkamah pada 8 April lalu atas tuduhan mencuri dua buku milik MPH Bookstore dan dibenarkan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.

Pun begitu, ketika tuduhan dibacakan kali kedua pada 14 Mei lalu, Farid menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas mendapat khidmat peguam dan diminta membela diri.

Bagaimanapun, pada 17 Disember lalu Majistret Mohd Faizi Che Abu ketika menjatuhkan hukuman penjara dua bulan

dan denda RM2,000 terhadapnya selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan tertuduh

disabitkan bersalah.

Sementara itu, agensi berita Singapura melaporkan Mamat, yang ditahan polis atas dakwaan mencuri telefon bimbit milik seorang pelakon tempatan pada 13 November lalu, dibebaskan dengan ikat jamin di Balai Polis Bedok.

Penyanyi itu ditahan selepas Suhailmi Ruslan atau lebih dikenali sebagai Amy Kecik membuat laporan mendakwa Mamat mencuri telefon jenama Samsung berharga S$280 (RM685.11) dari rumahnya pada pagi 13 November lalu.

Mamat turut dilaporkan merayu dibebaskan dengan memberi alasan memerlukan wang kerana bekas isteri dan anaknya sakit.

Mamat turut berhadapan dengan prosiding penceraian dengan bekas isterinya.

Read more: http://www.taufiksm.com/tag/berita-selebriti/#/panas-koleksi-perangai-buruk-artis-malaysia-sepanjang-tahun-2009/#ixzz2jH79u3H7
Under Creative Commons License: Attribution

1 comment: