Malaysia, rakan kongsi untuk kemajuan bangsa serumpun

PUTRAJAYA . — Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berkata kunjungan pertama beliau ke negara ini selepas dipilih kembali sebagai Presiden ialah kerana Malaysia adalah sahabat dan jiran terdekat serta rakan kongsi yang kuat untuk kemajuan kedua-dua bangsa.

Beliau berkata kunjungannya itu juga kerana ingin tali persahabatan dan persaudaraan di antara kedua-dua negara yang memiliki akar sejarah, budaya dan peradaban serumpun dapat dijaga dengan sebaik-baiknya.

Katanya jika ada masalah, ia perlu segera diatasi secara bijak dan tepat agar kebaikan dan kerjasama yang banyak dilakukan tidak tertutup dengan masalah yang timbul.

"Sebagai rukun tetangga yang dekat, berinteraksi antara satu sama lain, pastilah sekali-sekala ada perbezaan pendapat.

"Indonesia tidak pernah mempunyai masalah dalam hal ini misalnya dengan masyarakat yang ada di Somalia, Afrika, di Chile, Amerika Latin, di Eropah, tetapi tetangga dekat, sekali-sekala terjadi seperti itu.

"Tugas kami sebagai pemimpin adalah mengelolanya dengan bijak agar tidak menjadi besar sehingga mengganggu apa yang dikerjasamakan dengan baik selama ini,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment